Kepah???? pernah tengok ?? pernah cari?? pernah makan??? Sebut kepah...dah terbayang musim hujan musim tengkujuh ni la banyak kepah naik...rezeki musim sejuk. Mencari kepah merupakan salah satu aktiviti tahunan family kami...bukan ape suka-suka ngan family...sekali sekala lepaskan gian anak berkubang ngan lumpur dan pasir pantai... kali ni destani pertama kami adalah ke Pantai Tanjung Lumpur.
Alhamdulillah tempat pertama yang kami pergi iaitu Pantai Tanjung Lumpur, Kat sini..pantai nya agak berlumpur..hitam first time turun lumpur tu... memang terasa eeeee...gelinya...mana taknye lumpur dah la lembik , licin dan warna pulak hitam..kotor wehhhh... tapi dengan niat nak pi cari kepah ni diteruskan jugak hajat itu...
Bersama family kami berangkat selepas asar dengan membawa baldi, plastik bag, cakar dan pisau...x lupa juga baju salin. Pergi la kami dengan mengangkut sekali si kecik Irdiena ni... nak bg kesempatan pada dia amin lumpur... antara gambar yg sempat di snap.
nilah di Si IRDIENA YANG COMOT MAIN LUMPUR...
SEMPAT POSSING SAMBIL CARI KEPAH
Sedang mencakar pasir
Main lumpur - Irdiena & Erlysha
Actually nak cari kepah ni ade jugak teknik2 nya. kalau mengikut orang tua kita cari lubang mata..tp kami ni x reti la nak cari lubang mata tu..yang kami tau...kami bajak semua kawasan yang agak berlopak..untung nasib ade lah kepah bila di cakar...
Untung jugak kami malam ni...hasil yang kami dapat tidak la berapa banyak tapi cukuplah untuk di makan dua keluarga yang pergi... balik rumah apa lagi rendam kepah and then masak la pedas... fuhhh nikmat makan makanan hasil carian sendiri....
No comments:
Post a Comment