Showing posts with label CUTI-CUTI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label CUTI-CUTI MALAYSIA. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Cuti-cuti di Aquaria KLCC

Trip 2: Saturday  2/12/2012 

Royal Commonwealth Club ---> Pantai Dalam ----> Aquaria KLCC ---> Pameran Buku Karangkraf ---> ICT Shah Alam


Lokasi 4: Restoran Anis Putri Pantai Dalam

Hari kedua memulakan perjalan menjelajah kawasan target. First target adalah breakfast makan-makan santai di sebuah kedai di Pantai Dalam. Tempat makan faveret si hubby... tokei nye org Kelantan..hidangan pun style Kelantan..tp lauk memang banyak pilihan harga pun berpatutan suasana kedai pun ok.. lagi pun Pantai Dalam byk kenangan kat situ. 

Selesai makan singgah sekejap rumah auntie kat belakang kedai faveret tu..sempat juga jumpe beberapa penghuni flat Pantai Dalam kat situ yg masih mengenali kami. Syukur lah..walaupun dah lame kami tinggalkan tempat itu..alhamdulillah masih ade lagi yg mengenali kami.



 
pelanggan sentiasa ramai terutam waktu lunch...

 aneka sambal yang disediakan. pilih aje yang mane suke

Aneka lauk pauh juadah yang disediakan mengikut citarasa.


Lokasi 5: Aquaria KLCC

Seterusnya kami bertolak dari Pantai Dalam terus menuju ke Aquaria KLCC. Anak-anak dah x sabar nak nengok ikan. Sampai kat sana kami tgk org ramai dah mula beratur untuk mengambil tiket. Fuhh..harga tiket boleh tahan..dewasa RM 35 dan kanak-kanak rm25 Bawah 3 tahun free... so melayang la kami untuk hari tu sebanyak rm 155.

Eksplorasi bermula mejelajah ke pelosok Aquaria...teruja pun ade mane taknye bile tgk macam-macam jenis ikan. banyak gile ikan-ikan cantik-cantik, warna-warni , besar kecik semua ade..sikecik Iwan dan Irdiena begitu teruja yela first time dia org tgk ikan yang begitu byk kan.


Terowong dalam Aquaria...





Iwan ketakutan tgk jurulatih ikan tersebut..


Ikan duyung yang jelita sedang beraksi menarik perhatian pelawat Aquaria...

















Anatat gambar yang kami snap di sana.

Info perlu tahu...untuk masuk ke Aquaria
1) Tiket Dewasa RM 35 
2) Kanak-kanak RM 25
3)Kanak-kanak Bawah 3 Tahun  - FREE
4) Warga Emas - 60 Tahun- RM 25 

Kamera boleh bawak masuk tp x boleh gune FLASH
MAKANAN x boleh bwk masuk.


Thursday, December 6, 2012

Jalan-jalan Cuti sekolah

TRIP 1: 1/12/2012 - SABTU
KUANTAN ---> BENTONG ---> GENTING HIGHLANDS

Lokasi 1:Bentong

Alhamdulillah kali ni sempat jugak bawak anak-anak pi jalan-jalan sempena cuti sekolah. Walupun x jalan jauh sekadar round-round KL alhmadulillah yang penting anak-anak happy dapat berkumpul satu family. Perjalanan 3 hari 2 malam ni actually amatlah memenatkan..mana taknye.dengan anak2 yang ramai nii macam-macam karenah...dalam kereta pun x duduk diam..mak aii..memang memenatkan..tp penat pun x jd masalah sbb niat hati nak berjalan tercapai jua. 

Actually pada awal plan kami nak pi Melaka..disebabkan last minit decision terpaksa kami tukar plan ke KL aje. First bile bg tau Sofea kami nak gi KL dia pun mcm x seronok je sebab dah selalu sangat pergi... dia lebih teruja nak pergi Melaka. Dengan retorik yang berkesan si papa berjaya memujuk Sofea.

Trip kami bermula pukul 10.00 am hari Sabtu - Bertolak dari Sungai Karang menuju ke destinasi pertama kami iaitu Bentong -Taman  Desa untuk menghadiri majlis sambut menantu abang kepada maksu liza. Alang-alang dah nak p KL kami singgah la makan tengah hari kat kenduri atleast dah save budget makan kami untuk hari pertama...Selesai  makan kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Genting Highland.

Lokasi 2: Genting Highlands

Trip ke genting Highlands ni agak suram sebab dalam perjalanan kami menaiki genting hujan sudah mulai turun... hati mulai rasa x seronok sebab hujan turun pastinye byk planing tergendala. yang pasti kami hanya menaiki Genting sehingga ke Gohtong Jaya seterusnya menaiki cable car sehingga ke puncak. Mak aii.. setibanya kami disitu..punyalah ramai orang sedang beratur menunggu cabe car. Hampir 30 minit jugak la beratur sebelum menaiki cable car. yang seronok sempat jugak le tengok artis...Kamal Adli " Putera Rayyan" drama yang sedang ditayangkan tp sayang x sempat nak snap gambar.









Ini lah antara gambar yang sempat kami snap semasa  berada di Genting. Confirm setibanya kami di puncak hujan lebat turun menyebabkan kami tidak dapat la ke outdoor park just round-round dalam indoor park sahaja. kesian anak-anak...tengok dari atas je lah...

Lokasi  3:  Royal Commonwealth Club Damansara

Stelah penat berada di puncak Genting, kami meneruskanperjalanan menuju KL. iaitu destinasi pinganapan kami kali ini adelah Royal Commonwealth Club Damansara penginapan rasmi setiap kali kami ke KL  ini ditaja oleh Mr. Franchis Wu. Tq VERY MUCH....this club is for member only.



Inilah penaja penginapan kami. Nice Man & best friend
Mr. Franchis Wu.

Wednesday, September 5, 2012

LAKE CHINI

Sempat singgah ke Tasik Chini sebelum ke kenduri di Felda Chini







Agak-agak dah hampir pukul 12 baru kami gerak ke rumah pengantin... dan ini lah gambar pengantin yang kami dapat snap semasa di rumah pengantin.
Selamat pengantin baru kepada pasangan ini moga rumahtangga mereka kekal ke akhir hayat.





Thursday, June 14, 2012

Mandi-manda time

Ini merupakan destinasi dan aktiviti kedua kami sempena cuti sekolah. Kali ini kami berseronok mandi manda pulak kat kolam. 

Location: Indera Sempurna Resort
Ticket: RM 9 - Adult
RM 6 Child
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KISAH-KISAH SILAM:-

Popular Posts

Familyku Harapanku

Familyku Harapanku

Zarith Sofea - 4 Thn

Dad & Daughter

Dad & Daughter

SOFEA & CORN

SOFEA & CORN

Adik n Kakak with Toys

Adik n Kakak with Toys

Convocation 2001

Convocation 2001

My Blog List