Showing posts with label Nik Zarith Irdiena. Show all posts
Showing posts with label Nik Zarith Irdiena. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

HAPPY BIRTHDAY IRDIENA

Happy birthday to Irdiena ...genap hari ini usi Diena 2 tahun...moga diena akan menjadi anak yang baik dan solehah untuk mama dan papa..we love u...

Photo: 2 years soon (30 June)


























Sunday, January 15, 2012

Irdiena masuk wad

4 hari Irdiena dimasukkan  ke wad HTAA akibat demam dan muntah-muntah. 4 hari tu jugak la aku terpaksa menginap dihotel 6 bintang HTAA. Kesian melihat Irdiena begitu tak bermaya akibat kekurangan air didalam badan. Syukurla walaupun  dalam keadaan macam tu dia tidak meragam. Yang paling aku terkejut tu dia langsung x meronta bile doktor cucuk tangan dia untuk masukkan tiub air dan ambil darah. Dia just tengok dan biarkan aje ape yg cik misi dan doktor buat pada dia. Alhamdulillah sangat anak mama jd good girls.

Bermula dari wad pemerhatian akhirnye dipindahkan ke wad 6C. tingkat 6 gara-gara masih ade demam yang tinggi. So nak jadikan cerita pd malam tersebut..si hubby sudah pulang untuk menguruskan sofea dan erlysha..memandangkan masa diena transfer ke tingkat 6 jam kat dinding dah menunjukkan jam 1 pagi so terpaksalah aku menguruskan nye sendirian. 

Al-kisah sedang aku disoal siasat oleh en. doktor tanpa ku sedar bahawa beg pakaian dan bakul susu diena telah diangkut oleh seorng penghuni wad yg sama yang pd mase itu sedang berurusan untuk pemindahan ke hospital Muadzam Shah. Dalam keadaan yg tergesa2 tu la rupanya barang aku turut sama diangkut... jd pd mlm tu sehelai sepinggan la aku dan diena... emosi aku mase tu hanye tuhan aje yg tau..nak marah pun ade, sakit hati pun ade..dah la tgh malam..risau diena menangis nak susu lg..pastu pampers plak takde mcm-mcm la berkecamuk la jugak mase tu ..kebetulan pulak credit hphone pun habis aduiii...seksa wehh...


Wednesday, November 23, 2011

Entry dah lapok

Entry yang dah lapok....dek kesibukan takde masa nak membelek2 gambar dlm camera..tp hari ni terasa kebosanan dok kat opis kesorangan ..bos pi meeting opismate pulak dah start maternity leave..so tinggal sorang2 mak aii...boring nye...keje bukan takde tp berlambak...tp malas yg buat semua tak jd.

so nak hilangkan boring aku update sikit cerita pasal anak adara aku yang sorang ni..Nik Zarith Irdiena yang kini berusia 1 tahun 5 bulan. Walupun umur nye baru setahun jagung tp dia dah bergelar kakak kepada iwan..dan dengan itu juga sikap dia agak matang dan jelas kelihatan ciri2 sebagai seorang kakak. Nak tau kenapa aku ckp mcm tu..sebabnye..setiap pagi dia bagun tidor mesti p jengok dulu adik dia...kadang2 tu lepas mandi siap pergi ambilkan pampers untuk iwan...kalau iwan dalam buai siap dia yang nak dodoikan...seronok tgk telatah Irdiena bila dia main dengan iwan...


inilah irdiena dgn telatahnye yg entah ape2...

jumpe topi siap possing atas kete dia..

Wednesday, January 12, 2011

Nik Zarith Irdiena

Inilah puteri ke 3 ku...yang kini dah berusia 6 bulan... senang jaga tak banyak ragam..malam pun x berjaga sgt.. standard bangun malam pun 2 kali sehaja untuk menyusu. Tapi lately nih kurang sihat pulak selalu batuk2...cian anak mama.. makan ubat pun tak jadi..batuk masih berterusan kadang2 tu lepas je menyusu batuk terus je muntah...kesian adik Diena...badan dia pun nampak gaya dah tak naik...last timbang 7.2 kg..skrg nih aku pun x tau brp dah berat dia kene tunggu checkup 23/2 ni la..untuk timbang balik...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KISAH-KISAH SILAM:-

Popular Posts

Familyku Harapanku

Familyku Harapanku

Zarith Sofea - 4 Thn

Dad & Daughter

Dad & Daughter

SOFEA & CORN

SOFEA & CORN

Adik n Kakak with Toys

Adik n Kakak with Toys

Convocation 2001

Convocation 2001

My Blog List