Digital Album.. realiti dan cermin kehidupan seharian
Inilah realiti rakaman,cermin dan album seharian ku. Merupakan bahagian kenangan manis dlm melayari kehidupan bermula perkiraan satu hinggalah ke hari ini.Detik akan terus berdetik tanpa henti. Moga hari yang dilalui sentiasa diiringi dengan keceriaan dan keberkatan serta keharmonian. Kehidupan sempurna hanya dimiliki setelah apa yang dikehendaki dan diidamkan di kecapi.Namun syukurlah dengan apa yang telah kita nikmati kerana apa yang kita nikmati hari ini adalah setimpal dengan kemampuan kita.
Sunday, March 10, 2019
Thursday, April 14, 2016
2011- 2016 5 years.. x udpdates blog ni..
14-4-2016 : 1:16 pm
Ya Allah terkejut gak bile terbuka blog yang dah lama ditinggalkan... x sangka sekejap je masa berlalu diam x diam dah 5 tahun ku tinggalkan dunia blogging ini. Itu la semakin hari semakin cepat masa berlalu.. kehidupan yang penuh dengan komitmen yang semakin mencabar tuntutan duniawi semakin menjadikan masa itu terlalu pantas berlari..
Maybe dengan kewujudan aplikasi whatsapp juga menyebabkan takde masa nak menulis di blog yang usang ini lagi... sibuk dok melayan group wasapp yg berpuluh-puluh dalam smart phone juga sebabkan x de masa nak jenguk blog ini.. ok lah mmg xde idea pun nak tulis so updates terkini inilah small family ku..
Friday, August 16, 2013
Copy paste dari petikan blog islamituindah...untuk dikongsi bersama...
DOA PENDINDING & PENGGERAK SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
- Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
- Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
- Berbahaya
- Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
- Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
- Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
- Selamat dari bahaya.
- Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
1. Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
- Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
- Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
3. Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
3. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.
Thursday, August 15, 2013
Salam Aidilfitri..untuk semua
Salam Aidilfitri untuk semua rasanya belum terlewat walupub hari ni sudahpun hari ke 8 dalam bulan Syawal ...alhamdulillah kali ini diberi kesempatan untuk bersama meraikan hari kemenangan ini... syukur juga kite masih bernafas sehingga hari ini dan diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini..moga ramadhan ini bukan ramadhan terakhir untuk kite semua...
Allahuakbar..
Hampir berbulan2 sibuk takde mase nak menjenguk blog sediri...terkulai layu sudah...insyaallah...jika diberi kesempatan..akan diupdates selalu blog ini...Ringkasan dari berbulan-bulan yang berlalu...bingkisan corat coret kehidupan seharian...untuk dikongsi bersama aku , family n rakan-rakan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA...MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Friday, July 26, 2013
IFTAR RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANK PERMATA AL-INSYIRAH SG. ISAP KUANTAN
Alhamdulillah syukur program yang dirancang berjalan dengan mudahnya...seronok dapat bersama-sama mereka. sehari beraktiviti bersama mereka rasa seperti terlalu sekejap dan terlalu cepat masa berlalu... tapi ini sajalah yang mampu kami lakukan untuk mereka menghiburkan mereka yang kurang bernasib baik. InsyaAllah akan kujadikan program khidmat masyarakat sebegini sebagai satu program tahunan di CICT Kuantan selagi aku berada disini...
Friday, July 19, 2013
PROGRAM SUMBANGAN RAMADAHAN KEPADA ASNAF MISKIN DI KG. KURNIA BATU 3 KUANTAN
Alhamdulillah program kali ke2 ini dapat diteruskan dengan jayanya... syukur berkat bantuan orang ramai program kami berjaya dilaksanakan. Syukur alhamdulillah juga kerana masih ramai insan yang sudi menderma dan memberi sumbangan
Terima kasih juga kepada penghulu dan AJK kampung yang begitu sporting mengiringi kami ke setiap rumah penduduk yang terpilih.
Terima kasih juga kepada penghulu dan AJK kampung yang begitu sporting mengiringi kami ke setiap rumah penduduk yang terpilih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KISAH-KISAH SILAM:-
-
Kolam ikan di taman rumah ini telah direka sendiri oleh Nik Amirul Mu'min dan Muhd.Zulkhairi..
-
aku minta kepada Allah s.w.t setangkai bunga segar... Allah s.w.t memberiku kaktus berduri .. Aku minta kepada Allah s.w.t haiwan mungil na...
-
Kisah buggy kali ini merupakan kisah yang berlaku secara kebetulan sahaja. Mane taknye dikatakan kebetulan kesnye sabtu lepas selepas habis...
-
24 Ogos 2008 - 2.40 pm-5.20 pm : my husband tension tengok air kolam ikan kesayangannya dah keruh kehijauan selepas hampir empat bulan tak ...
-
Semalam dengan sukacitanye dimaklumkan bahawa aku telah mengambil Anual leave semata-mata untuk pergi ke Kuala lumpur untuk memborong pelba...
-
Kaloi oh Kaloi.... Hari ini tamat sudah riwayat ikan kaloi seberat 3.3 kg. Ikan kaloi yang sebelum ini dipelihara di dalam kolam hari ini ...
-
NIK ZARITH SOFEA means You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.You also have a very active imagi...
-
Hari minggu kali takde acktivi ti..mak oiii...boring nyer.... and then kami decide pi ke Mini Zoo Kemaman. Mini Zoo ni actually baru bukak....
-
Kepah???? pernah tengok ?? pernah cari?? pernah makan??? Sebut kepah...dah terbayang musim hujan musim tengkujuh ni la banyak kepah naik......
Popular Posts
-
Kolam ikan di taman rumah ini telah direka sendiri oleh Nik Amirul Mu'min dan Muhd.Zulkhairi..
-
aku minta kepada Allah s.w.t setangkai bunga segar... Allah s.w.t memberiku kaktus berduri .. Aku minta kepada Allah s.w.t haiwan mungil na...
-
Kisah buggy kali ini merupakan kisah yang berlaku secara kebetulan sahaja. Mane taknye dikatakan kebetulan kesnye sabtu lepas selepas habis...
-
24 Ogos 2008 - 2.40 pm-5.20 pm : my husband tension tengok air kolam ikan kesayangannya dah keruh kehijauan selepas hampir empat bulan tak ...
-
Semalam dengan sukacitanye dimaklumkan bahawa aku telah mengambil Anual leave semata-mata untuk pergi ke Kuala lumpur untuk memborong pelba...
-
Kaloi oh Kaloi.... Hari ini tamat sudah riwayat ikan kaloi seberat 3.3 kg. Ikan kaloi yang sebelum ini dipelihara di dalam kolam hari ini ...
-
NIK ZARITH SOFEA means You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.You also have a very active imagi...
-
Hari minggu kali takde acktivi ti..mak oiii...boring nyer.... and then kami decide pi ke Mini Zoo Kemaman. Mini Zoo ni actually baru bukak....
-
Kepah???? pernah tengok ?? pernah cari?? pernah makan??? Sebut kepah...dah terbayang musim hujan musim tengkujuh ni la banyak kepah naik......
Familyku Harapanku
Zarith Sofea - 4 Thn
Baby Zarith
Good Time
Dad & Daughter
SOFEA & CORN
Adik n Kakak with Toys
Convocation 2001
My Blog List
-
-
-
Buku : Tuesdays with Morrie - Kematian adalah satu kepastian. Tiada makhluk yang mampu melarikan diri darinya, walau sejauh mana dia melarikan diri dan segelap mana dia tempat dia bers...11 years ago
-
-
Cara Memutihkan Wajah Dalam 1 Minggu Dengan Bahan Alami - Sudah bukan menjadi rahasia umum lagi jika setiap orang menginginkan kulit wajah putih dan bersih. Ada kalanya anda memperhatikan kondisi kulit wajah sendi...7 years ago
-
Koleksi Hantaran Perkahwinan Hisham n Suraya - Antara koleksi hantaran perkahwinan antara Mohd Zulhisham dan pasangan Nor Suraya. Koleksi hantaran dari pihak lelaki.15 years ago
-
New Product - *Tudung Sisca Singkat* Tudung sisca keluaran kali ini dengan jahitan manik yang lebih meriah..aturan manik yang teratur lebih menarik mata memandang. Te...15 years ago
-
WELCOME BACK PESONA ZARITH ENTERPRISE - Welcome back Pesona Zarih Enterprise.... 2014 business baru.. jom layannnnn10 years ago
-
Sorotan dan ceritera sehari di Pantai Balok - *Coretan seharian di Pantai Balok sempena Gathering 2008.* * Inilah menu utama kami..bbq ayam.* *Kenangan bersama semua yang hadir pada reunion tahun ini.* *...16 years ago