Gambar ini diambil sewaktu kami berada di Dataran Merdeka.... tegok dibelakang kami tu cahaya lampu begemerlapan...mabuk cahaya jugak la kami pada mlm tu...biasalah..kalau balik kl tu memang kami akan singgah duduk lepak-lepak kat dataran merdeka maklumlah..kalau dah malam takder tempat lain yang boleh lepak..kat situ sajela tempatnyer sambil-sambil cuci mata tegok gelagat warga kota metropolitan. Yang bestnyer...kalau malam minggu memang ramai orang lepak kat sini...jalan kat sini ditutup supaya mudah warga kota rileks sambil perhatikan telatah anak-anak kecil berlarian bebas di padang dan jalan.
Cantikkan permandangan di Dataran Merdeka..
Kami ni actually berdiri atas stage tau..ala stage yang Agong duduk masa perarakan hari kebangsaan tu..tapi masa kami duduk tu...tempat tu dah kosong ...
Ini la tiga beranak. Tak dan nak ready pun..papa dah snap dulu.Yang lagi seronok kat sini ialah bila sambutan merdeka dataran ini dihiasi dengan lampu yang bewarna-warni dan memang menakjubkan. Pelbagai lampu digunakan dengan mengunakan teknologi komputer macam-macam pancaran cahaya dilakukan memang susah nak tengok kat tempat lain..kalau tak percaya pergilah tebok ..tapi mesti dalam bulan sambutan kemerdekaan tau...
Tengokla...kota KL bermandian cahaya...
Actually malam tu..hujan renyai-renyai....sebab tu la ada payung kat sebelah tu.
Tengok la Sofea tu..siap tunjuk Peace lagi tu..
Inilah coretan singgah sebentar di Dataran Merdeka. Dataran Sejarah yang banyak emberi makna kepada negara kita.
No comments:
Post a Comment