Jumaat- penghulu segala hari...
Hari ni awal-awal pagi mata dah ngantuk...so terpaksalah aku melepak kat surau mencuri masa untuk segarkan kembali mata yang sudah layu..hari ni jugak hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang sempena hari raya..ini bermakna tinggal lagi 4 hari umat islam nak menyambut hari raya.
Hari-hari terakhir ini, anak-anak mula menghitung...tak sabar nak raya katanya...sebab hari raya boleh pakai baju baru, kasut baru dan yang pasti mereka dapat duit raya...siapa yang tak seronok. Macam kita kecik-kecik dulu jugak kan..kalau sebut raya seronok jer....terutama bila dapat duit raya. Mana tak nya...kalau hari biasa tak dapat duit ..cuma hari raya jer..kalau jalan rumah sedara mara dapat duit. Bukan umah sedar aje rumah sesapa la..mesti bagi duit raya.
No comments:
Post a Comment