OKla..so far Sofea tak pernah la lagi buat perangai malas pergi sekolah..atau..masalah lain...cuma yang aku tak larat yer la..nak beli pensil, pensil warna dan alat tulis yang lain la...kes nyer boleh dikatakan setiap 3 hari aku kene beli yang baru..mesti balik ngan beg kosong...kadang tu hangin jugak....tapi nak buat macam maner...ramai sangat orang berminat dengan barang Sofea...untung la orang tu..yer..tak payah mak ayah depa keluar beli alat tulis...tapi aku la yang jd mangsa...
Satu perkara yang membanggakan aku adalah Sofea merupakan pelajar termuda di sekolah kerana dia lah sorang-sorang nyer..pelajar tunggal berumur 4 tahun...belajar bersama lebih kurang 25 orang murid 5 tahun...dan 21 orang berumur 6 tahun dan melihat aksi dia dapat dikatakan dia ni seperti orang yang sudah berumur 6 tahun..kerana kepetahan dia bercakap...dan mudah dapat apa yang diajar... kadang-kadang tu buatkan aku teringat kata-kata seorang pensyarah (ustadz n Ustazah) dari sebuah IPTA ( relative my hubby) bila lihat Sofea tidur dengan mata yang tidak rapat..macam-tidur-tidur ayam..dia mengatakan bahawa baby yang tidur macam tu biasanya adalah budak pintar...moga berkat doa masin mulut..menjadi lah anak aku
No comments:
Post a Comment