Wednesday, February 4, 2009

Wadah Seorang Insan

Belajar menilai dari mata hati bahawasanya makhluk Allah itu tidak ada yang sempurna sifatnya.

"Sucikanlah empat perkara dengan empat perkara..Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada PenciptaMu, Hatimu takut dan gementar kehebatan RabbuMu dan Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu"

Hari ini dan penjelasan kelmarin benar-benar menyentap jiwa. Aku terperangkap antara persoalan dan juga pilihan. Kabut sungguh untuk menetapkan satu ketentuan. Hanya resah teman setia di dalam kekalutan.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan"


Mungkin juga aku lalai dalam perjalanan mengingatiMu. Mungkin juga ini cara Kamu untuk memanggil aku pulang. Ku mohon petunjukMu, Tuhan. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untukku. Aku pasrah dan redha atas segala ketentuanMu."
"Takdir dan ujian hidup manusia tidak sama. Ujian Allah datang mengikut kemampuan manusia. Allah pilih kamu untuk ujian yang besar kerana Allah tahu kamu seorang yang kuat. Kamu sepatutnya bersyukur kerana kamu insan yang terpilih."
Kadang-kadang kita terlalu memikir masalah kita tanpa mengambil kira hati insan-insan di sekeliling kita. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan kerjaya kita tanpa kita fikir ada hati yang perlukan perhatian kita.
Kemaafan itu suatu yang indah. Tetapi tidak ramai di antara kita yang boleh meruntuhkan tembok keegoaan dalam diri, bersedia untuk memohon maaf dan belajar memaafkan. Persepsi negatif bahawa memohon maaf itu bererti kalah terus berakar tunjang dalam diri.
Seseorang yang bersedia merendahkan dirinya dan memohon maaf adalah seorang yang hebat. Ini kerana ia meletakkan dirinya di tempat yang adil bukan sahaja untuk dirinya bahkan untuk diri orang yang berada di sekelilingnya. Seseorang yang hebat juga mesti berlajar memaafkan dan melupakan. Buktinya jelas ternyata seperti kisah Rasulullah, seorang manusia terhebat dengan Siti Aisyah, seorang muslimah yang bertaqwa di atas.
"Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, (Yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang Kau murkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." - Surah Al-Fatihah ayat 5 -7

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KISAH-KISAH SILAM:-

Popular Posts

Familyku Harapanku

Familyku Harapanku

Zarith Sofea - 4 Thn

Dad & Daughter

Dad & Daughter

SOFEA & CORN

SOFEA & CORN

Adik n Kakak with Toys

Adik n Kakak with Toys

Convocation 2001

Convocation 2001

My Blog List