Sunday, January 15, 2012

Irdiena masuk wad

4 hari Irdiena dimasukkan  ke wad HTAA akibat demam dan muntah-muntah. 4 hari tu jugak la aku terpaksa menginap dihotel 6 bintang HTAA. Kesian melihat Irdiena begitu tak bermaya akibat kekurangan air didalam badan. Syukurla walaupun  dalam keadaan macam tu dia tidak meragam. Yang paling aku terkejut tu dia langsung x meronta bile doktor cucuk tangan dia untuk masukkan tiub air dan ambil darah. Dia just tengok dan biarkan aje ape yg cik misi dan doktor buat pada dia. Alhamdulillah sangat anak mama jd good girls.

Bermula dari wad pemerhatian akhirnye dipindahkan ke wad 6C. tingkat 6 gara-gara masih ade demam yang tinggi. So nak jadikan cerita pd malam tersebut..si hubby sudah pulang untuk menguruskan sofea dan erlysha..memandangkan masa diena transfer ke tingkat 6 jam kat dinding dah menunjukkan jam 1 pagi so terpaksalah aku menguruskan nye sendirian. 

Al-kisah sedang aku disoal siasat oleh en. doktor tanpa ku sedar bahawa beg pakaian dan bakul susu diena telah diangkut oleh seorng penghuni wad yg sama yang pd mase itu sedang berurusan untuk pemindahan ke hospital Muadzam Shah. Dalam keadaan yg tergesa2 tu la rupanya barang aku turut sama diangkut... jd pd mlm tu sehelai sepinggan la aku dan diena... emosi aku mase tu hanye tuhan aje yg tau..nak marah pun ade, sakit hati pun ade..dah la tgh malam..risau diena menangis nak susu lg..pastu pampers plak takde mcm-mcm la berkecamuk la jugak mase tu ..kebetulan pulak credit hphone pun habis aduiii...seksa wehh...


2 comments:

Anonymous said...

lahai...kesian...dah malang ditimpa tangga pulak.

Anonymous said...

sabor kkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KISAH-KISAH SILAM:-

Popular Posts

Familyku Harapanku

Familyku Harapanku

Zarith Sofea - 4 Thn

Dad & Daughter

Dad & Daughter

SOFEA & CORN

SOFEA & CORN

Adik n Kakak with Toys

Adik n Kakak with Toys

Convocation 2001

Convocation 2001

My Blog List