Tanggal 13 Mei 2012 sekali lagi Pesona Zarith Enterprise dilanda ribut. kali ini kejadian yang berlaku sekelip mata sahaja dan lebih dahsyat dari kejadian-kejadian sebelumnye. Alhamdulillah walaupun kami kerugian lebih kurang rm 500 ringgit tp syukur kami selamat dari sebarang kecederaan.
Menceritakan detik-detik cemas itu amat perit rasanye mengenangkan nasib peniaga jalanan seperti kami. Inilah risiko yang kami terpaksa tempuhi sejak berniaga di Espalane Midtown ini. Lokasi kanopi kami memang strategik tapi sayang bahagian tengah deretan kanopi ini merupakan laluan angin..dan memang kami sering menjadi mangsa tiupan si angin kencang..yang mengakibatkan kanopi kami terhumban kedalam sungai Kuantan.
Siapa sangka detik hati yang sudah tidak tenteram sejak petang membawa petanda musibah akan berlaku. walaupun kami sempat packing segala barang- barang jualan ke dalam bag bagasi tp takdir juga telah menentukan bahawa pada malam tersebut..kanopi kami telah terbang terjunam ke dalam sungai bersama-sama bagasi yang dipenuhi barang jualan. Kami hanya mampu melihat dan tidak berdaya melawan hujan dan angin yang terlalu lebat dan kencang diselangi pula bunyi dentuman guruh serta kilat sabung menyabung... hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana panic dan kelam kabutnye kami pd masa tersebut.
Nak cerita pasal perasaan?
Ya Allah masa tu mmg dah tak keruan dah cube selamatkan barang-barang sedaya upaya. Dalam keadaan basah kuyup lagi lencun tu sesekali terkejut jugak dengan kilat dan guruh... kami tekad selamatkan diri dan barang-barang yang lain berlari menuju pondok hentian bas. Masing-masing dah kalut selamatkan barang-barang, kanopi kiri kanan dah beterbangan ditiup angin yg pasti kanopi aku dah masuk ke dalam sungai.Ya Allah dalam hati dok berdoa mohon pada Allah untuk selamatkan kami dari perkara yang tidak diingini. Siapa sangka kejadian tu hampir memusnahkan lebih kurang 10 kanopi. dan ini juga merupakn pengalaman paling pahit sejak kami berniaga di Midtown ini. Bile memikirkan keadaan begini terdetik juga dalam hati untuk tidak meneruskan perniagaan ini..dan teringin pula mebuka kedai. tapi banyak faktor yang kene difikirkan. InsyaAllah satu hari nanti pasti kami berjaya mencapai ape yang dihajati. Mungkin ade hikmah disebalik semua kejadian ini dan Insya Allah kejadian ini bukan menjadi penghalang dan tidak patahkan semangat kami untuk terus berniaga.
No comments:
Post a Comment