Sudah lama niat tersemat untuk melakukan program amal sempena bulan Ramadhan..tapi sering terbantut dek halangan-halangan yang tak terduga. Akhirnya ramadhan tahun ini telah memberi sinar dan cahaya kekuatan untuk ku teruskan niat murni ini. Alahmdulillah program yang dirancang selama lebih kurang sebulan itu akhirnya berjalan lancar dan dengan jayanya. Walaupun tidak semua memberi kerjasama tp syukur dengan tulang empat kerat dan sokongan beberapa staff program ini diteruskan jugak.
Program yang dirancang secara spontan ini memang byk juga halangan kami terima pertamanya halangan untuk mendapatkan kelulusan awal dari pihak anak yatim...sbb first plan kami nak buat majlis iftar bersama dengan anak yatim baitul husna ..namun tak kesmpaian setelah berbincang dengan pegawai di pusat tersebut ade beberapa perkara yang tidak dapat kami penuhi...seterusnya kami mula pula dengan second plan iaitu memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah mendapat persetujuan semua.
Seterunya dari segi hebahan untuk mencari penyumbang-penyumbang budiman untuk menjalankan program ini. Alhamdulillah aku dikelilingi oleh teman-teman yang pemurah..akhirnya kami berjaya mengumpul dana untuk membeli barang -barang keperluan untuk di jadikan hamper sumbangan.
Gambar sekitar program
10/8/2012 Jumaat
lokasi: Kg. Sungai Karang Darat
15 keluarga dipilih untuk menerima sumbangan.
Dengan bantuan ketua kampung Sungai Karang Darat kami menjelajah dari satu rumah ke satu rumah melihat sendiri kedaifan mereka dalam mengaharungi kehidupan. Melihat keadaan mereka terdetik rasa syukur dalam diri ini bahawasanya diri ini masih beruntung kerana masih mampu menikmati makanan yang enak dan menaiki kereta walaupun tidak lah mewah.
No comments:
Post a Comment