Thursday, December 25, 2008

24 Disember 2005

Hari ini kami bertolak dari Kuantan menuju ke Kelantan. Sempena cuti panjang kami ambil kesempatan menziarahi keluarga di Lebir. Hampir seminggu kami dengar berita dari kampung tentang keadaan kedua mertuaku yang kurang sihat dan baru sahaja dimasukkan ke hospital.So kesempatan ini kami gunakan sepenuhnya.
Dari Kuantan hinggalah ke Kelantan, cuaca seperti cemburu dengan kami. Hujan turun tanpa henti-henti...sehingga sampai di Terengganu keadaan hujan semakin buruk... kami terpaksa juga meredah hujan untuk sampai ke destinasi tujuan kami.
Setibanya kami di Kelantan, seperti yang dijangkakan..kami tidak dapat memasuki kampung kami dengan kenderaan sendiri disebabkan keadaan jalan yang tidak mengizinkan kenderaan ringan masuk. Kesudahan nya kami terpaksa menunggu pacuan 4 roda hampir sejam untuk masuk ke Kesedar Lebir. Beginilah lumrah kehidupan penduduk disini. Kalau panas kereta bermandikan debu-debu kuning...tetapi ketika hujan kereta terpaksa ditinggalkan diluar kerana laluan ke sana hanya boleh digunakan oleh kenderaan pacuan 4 roda ataupun jenis pick -up. Actually setelah hampi 5 tahun ..ini merupakan kali ke3 aku terpaksa masuk ke Lebir dengan menaiki pacuan 4 roda. Hanya pemandu proffesional sahaja yang boleh bawak pacuan 4 roda pada musim tengkujuh kerana tanpa kemahiran pasti terkandas la ditengah jalan.
Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana sukarnya melalui jalan yang berselut dan begitu licin dengan kiri kanannya terdapat gaung yang dalam serta jalan yang begitu sempit dan berliku-liku. Namun dalam hati terdetik rasa kesyukuran bahawa aku amat beruntung tidak melalui kesukaran seperti mereka. Sesungguhnya keadaan sekali-sekala ini sungguh memberi kesedaran pada diriku yang selama ini tidak merasai kesusahan seperti itu.
Syukur alhamdulillah kami selamat tiba di rumah...walaupun hujan turun tanpa henti.



Ini lah antara gambaran yang dapat ditunjukkan...satu pengalaman yang mencabar. Sape sangka dalam kemajuan yang kite kecapi masih terdapat kawasan yang masih mundur dan ketinggalan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KISAH-KISAH SILAM:-

Popular Posts

Familyku Harapanku

Familyku Harapanku

Zarith Sofea - 4 Thn

Dad & Daughter

Dad & Daughter

SOFEA & CORN

SOFEA & CORN

Adik n Kakak with Toys

Adik n Kakak with Toys

Convocation 2001

Convocation 2001

My Blog List