Hari terakhir ditahun 2008. Selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009. Hari ini juga mencatatkan sejarah apabila nenek dimasukkan kehospital pada pukul 4 pagi akibat serangan jantung. Namun nenek masih ditahan di wad CCU untuk rawatan lanjut dan setelah doktor berpuas hati tentang prestasi jantung nenek ....barulah nenek dibenarkan menerima rawatan di wad biasa. Wad CCU ni agak leceh sedikit...kerana hanya 2 orang pelawat sahaja dibenarkan masuk ..terpaksa bergilir-gilir.....Syukur alhamdulillah nenek selamat dan doktor mengesahkan jantungnya kembali stabil. Semoga nenek cepat sembuh. Amin...

No comments:
Post a Comment