Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." Dari Abu Hurairahr.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari. 
1. Allah 2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 3. Ar-Rahim - Maha
Penyayang 4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus - Maha Suci 6. As-Salam - Maha Penyelamat 7. AlMu'min - Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa 10. Al-Jabbar -
Maha Pemaksa 11. Al-Mutakabbir - Maha Besar 12. Al-Khaliq - Maha Pencipta 13. Al-Bari' - Maha Perancang 14. AlMusawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk 15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun 16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan 17.
Al-Wahhab - Maha Pemberi 18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki 19. Al-Fattah - Maha Pembuka 20. Al-^Alim - Maha Mengetahui 21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup 22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup 23. Al-Khafid - Maha Penghina 24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi 25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan 26. Al-Muthil - Maha Merendahkan 27. As-Sami^ - Maha Mendengar 28. Al-Basir - Maha Melihat 29. Al-Hakam - Ma! ha Menghukum 30. Al-^Adl - Maha Adil 31. Al-Latif - Maha Halusi 32. Al-Khabir - Maha Waspada 33. Al-Halim - Maha Penyantun 34. Al-^Azim - Maha Agong 35. AlGhafur - Maha Pengampun 36. Ash-Shakur - Maha Pengampun 37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya 38. Al-Kabir -Maha Besar 39. Al-Hafiz - Maha Pelindung 40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan 41. Al-Hasib - Maha Mencukupi 42.Aj-Jalil - Maha Luhur 43. Al-Karim - Maha Mulia 44. Ar-Raqib - Maha Pengawas 45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan 46. AlWasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya 47. Al-Hakim - Maha Bijaksana 48. Al-Wadud - Maha Pencinta 49. Al-Majid - Maha Mulia 50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan 51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan 52. Al-Haqq - Maha Benar 53. Al-Wakil - Maha Berserah 54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan 55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya 56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi 57. Al-Hamid - Maha Terpuji 58. Al-Muhsi - Maha Menghitung 59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan 61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan 62. Al-Mumit - Maha Mematikan 63. Al-Hayy - Maha Hidup 64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya 65. Al-Wajid - Maha Menemukan 66. Al-Majid - Maha Mulia 67. Al-Wahid - Maha Esa 68. As-Samad - Maha Diminta 69. Al-Qadir - Maha Kuasa 70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan 71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan 72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan 73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan 74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan 75. Az-Zahir - Maha Menyatakan 76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan 78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi 79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) 80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat 81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa 82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf 83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi 84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan 85. Thul-Jalali wal-Ikra! m - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan 86. Al-Muqsit - Maha Mengadili 87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan 88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya 89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan 90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak 91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya 92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat 93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya 94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk 95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan 96. Al-Baqi - Maha Kekal 97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi 98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana 99. As-Sabur - Maha Penyabar
(fadhilat  ini  dipetik  dari  tajuk  buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan  Ayat-Ayat Al-Quran, 
susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
1.  "Ya  Allah!"  apabila  dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi
selepas  solat  tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang
besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2.  "Ya  Rahman!"  apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,
maka  hati  kita  akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup
akan hilang dengan izin Allah.
3.  "Ya  Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah
kita  akan  mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa
cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4.  "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan
mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5.  "Ya  Quddus!"  apabila  dizikirkan  sebanyak 100 x setiap pagi setelah
tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati
seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6.  "Ya  Salam!"  apabila  dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani &
rohani  kita  akan  terhindar  dari segala penyakit sehingga badan menjadi
segar sihat & sejahtera.
7.  "Ya  Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita,
keluarga  &  segala  kekayaan  yang  dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan
8.  "Ya  Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9.  "Ya  'Aziz!"  apabila  dizikirkan  sebanyak  40 x sesudah solat subuh,
InsyaAllah,  kita  akan  menjadi  orang  yang mulia, disegani orang kerana
penuh kewibawaan.
10."Ya  Jabbar!"  apabila  dizikirkan  sebanyak 226 x pagi & petang, semua
musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11.  "Ya  Mutakabbir!"  apabila  dizikirkan  sebanyak  662  x, maka dengan
kebijaksanaan  bertindak,  kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan
mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya  Khaliq!"  dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah
yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan
memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya  Baarii'!"  sekiranya  kita  berada  didalam  kesukaran atau sedang
sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita
akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai
anak,  maka  cubalah  ikhtiar  ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari
Ahad  hingga  Sabtu.  Di  waktu  hendak berbuka puasa, ambil segelas air &
dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk
berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi
hanya  dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak,
bacalah  zikir  ini  sebanyak  10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang
soleh.
15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)
bacalah  zikir  ini  sebanyak  100  x sambil menunggu masuknya waktu solat
Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya  Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati
kita   akan   dijaga  dari  ketamakkan  &  kemewahan  dunia  &  InsyaAllah
orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17.  "Ya  Wahhaab!"  dizikir  sebanyak  100 x sesudah solat fardhu, barang
siapa  yang  selalu  didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau
kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya
solat  subuh,  Insya  Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa
berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan
ikhtiar yang zahir.
19.  "Ya  Fattah!"  dizikir  sebanyak  71  x  sesudah selesai solat subuh,
InsyAllah  hati  kita  akan  dibuka  oleh  Allah,  sehingga mudah menerima
nasihat agama.
20.  "Ya  'Aalim!"  dizikir  sebanyak  100  x  setiap  kali  selesai solat
Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin
dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22.  "Ya  Baasithu!"  Bagi  mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,
kuatkanlah  usaha  & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini
setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23.  "Ya  Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci,  khusyuk  & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.  Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24.  "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70
x,  InsyaAllah  keselamatan  harta  benda  di  rumah,  di  kedai  atau  di
tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25.  "Ya  Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan
memperolehi  kewibawaan  yang  besar  terutama  ketua-ketua  jabatan  atau
perniagaan.
26.  "Ya  Muzill!"  Perbanyakkanlah  zikir  ini setiap hari, sekiranya ada
orang  berhutang  kepada  kita  &  sukar  untuk  memintanya, InsyaAllah si
penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27.  "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga
kita   tajam,   biasakanlah  zikir  ini  setiap  hari  menurut  kemampuan,
lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28.  "Ya  Bashiir!"  Dizikirkan  sebanyak  100  x  sebelum  solat  Jumaat,
InsyaAllah  akan  menjadikan  kita  terang  hati,  cerdas  otak  &  selalu
diberikan taufik & hidayah dari Allah
29.  "Ya  Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan
suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu
agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30.  "Ya  Adllu!"  dizikirkan  sebanyak  104 x setiap hari sesudah selesai
solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31.  "Ya  Lathiif!"  Dengan  memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah  bagi  para  peniaga,  ikhtiar  ini  akan  menjadikan  barangan
jualannya            menjadi            laris            &           maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung
faedah  yang  teramat  banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara
lain  faedahnya  ialah  dapat  bertemu  dengan  teman atau anak yang telah
terpisah sekian lama.
33.  "Ya  Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi
mereka  yang  mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa
saja,   InsyaAllah   dipastikan   kedudukannya  tidak  akan  dicabar  atau
diungkit-ungkit atau tergugat.
34.  "Ya  'Aziim!"  dizikirkan  sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang
sekian  lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca
12  x  kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan,
maka  dengan  izin  Allah  akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan &
sebagainya.
35.  "Ya  Ghafuur!"  bagi  orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan
zikir   ini   dengan   mengakui   dosa-dosa   &   beriktikad  untuk  tidak
mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36.  "Ya  Syakuur!"  dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai
pengucapan  terima  kasih  kepada  Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan
dimakbulkan  Allah.  Lakukanlah  setiap  kali  kita  mempunyai  hajat yang
penting & terdesak.
37.  "Ya  'Aliy!"  Untuk  mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah
zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!)
lalu  direndam  pada  air  yang  dingin  &  diberikan  si anak meminumnya,
InsyaAllah  lama  kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak
dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38.  "Ya  Kabiir!"  Bagi  seseorang  yang kedudukannya telah dirampas atau 
dilucut  gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x
selama  7  hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada
Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39.  "Ya  Hafiiz!"  dizikir  sebanyak  99  x,  InsyaAllah  diri  kita akan
terlindung  dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di
dalam hutan.
40.  "Ya  Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika
sesat  di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan
bekalan  makanan,  maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan
menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
41.  "Ya  Hasiib!"  Untuk  memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat,
amalkan  zikir  ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat
Maghrib,   InsyaAllah   akan  meneguhkan  kedudukan  kita  tanpa  sebarang
gangguan.
42.  "Ya  Jaliil!"  Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam
yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan
-  perniagaan  akan  bertambah  maju.  Andai  seorang  pegawai, maka tanpa
disedari  kedudukan  kita  akan  lebih  tinggi  dan  terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.
43.  "Ya  Kariim!"  Untuk  mencapai  darjat  yang  tinggi & mulia di dunia
mahupun  di  akhirat  kelak,  maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika
hendak  masuk  tidur.  Nescaya  Allah  akan  mengangkat darjat mereka yang
mengamalkan zikir ini.
44.  "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan
barang  yang  dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan
niat  agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh
&  sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya.
Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
45.  "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya
&  agar  doa  kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan
zikir  ini  sebanyak  55  x  sesudah  solat  subuh.  Insyaallah Tuhan akan
mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak
128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat
pertolongan  Allah.  Andai  zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan
akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47.  "Ya  Hakiim!"  Bagi  pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan
zikir  ini  setiap  hari,  InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar
didalam  menghafal  &  mengikuti  pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya
300x setiap hari.
48.  "Ya  Waduud!"  Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam.
InsyaAllah  kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi
& rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49.  "Ya  Majiid!"  Untuk  ketenteraman  keluarga  di  mana setiap anggota
keluarga  sentiasa  menyayangi  & menghormati & khasnya kita sebagai ketua
keluarga,  maka  amalkan  zikir  ini  sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan
kedua  belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota
keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50.  "Ya  Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan
ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51.  "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan
setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52.  "Ya  Haq"!  Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah
sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53.  "Ya  Wakiil"  Sekiranya  terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat,
atau  terjadi  gempa,  maka  ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54.  "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar
apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55.  "Ya  Matiin!"  Amalkanlah  zikir  ini  sebanyak  mungkin kerana ianya
mempunyai  fadhilat  yang  besar  sekali,  antaranya  untuk  mengembalikan
kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan,
maka  amatlah  elok  sekali  mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana
dengan  izinNya,kedudukan  kita  akan  kukuh  &  terhindar  dari  sebarang
gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57.  "Ya  Hamiid!"  Perbanyakkan  zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya
Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58.  "Ya  Muhshiy!"  Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam
pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir
ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59.  "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka
zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....
60.  "Ya  Mu'id!"  Andai  ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan
sebagainya,  amalkan  zikir  ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat.
InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61.  "Ya  Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62.  "Ya  Mumiit!"  Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan
dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63.  "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani
kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin
memperolehi  harta  yang  banyak  lagi  berkat, ingin dikasihi oleh setiap
manusia,  ingin  berwibawa,  ditakuti  musuh  &  ingin  menjadi insan yang
terhormat,  maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x
setiap  malam  atau  siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan,
Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65.  "Ya  Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah
terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66.  "Ya  Maajid!"  Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk
menerima  pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir
ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat
ingin  untuk  menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali
selesai  menunaikan  solat  5  waktu  selama  satu bulan & selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...
68.  "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup,
maka  pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah,
diri akan berasa segar & sentiasa.
69.  "Ya  Qaadir!"  Apabila  kita  berhajatkan  sesuatu namun ianya selalu
gagal,  maka  amalkan  zikir  ini  sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah
segala hajat akan berhasil.
70.  "Ya  Muqtadir!"  Agar  tercapai  tujuan yang dikehendaki, selain dari
berikhtiar  secara  lahariah,  maka  berzikirlah dengan zikir ini seberapa
mampu   sehingga   ikhtiar   kita  itu  berhasil  kerana  zikir  ini  akan
mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71.  "Ya  Muqaddim!"  Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata
"Barangsiapa  yang  berzikir  dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari,
InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
72.  "Ya  Muahkhir"!  Bagi  meninggikan  lagi  ketaatan kita kepada Allah,
perbanyakkanlah zikir ini.
73.  "Ya  Awwal!!"  Barangsiapa  yang  mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x
setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74.  "Ya  Aakhir!"  Amalkan  berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu
selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75.  "Ya  Dhaahir!"  Amalkanlah  zikir  ini sebanyak 1,106 x selesai solat
waktu  di  tempat  yang  sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab
padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76.  "Ya  Baathinu!"  Seperti  no.  75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x
sesudah solat fardhu.
77.  "Ya  Waaliy!"  Memperbanyakkan  zikir  ini setiap pagi & petang boleh
menyebabkan  seseorang  itu  menjadi  orang  yang  ma'rifat, iaitu hatinya
dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir
ini
78.  "Ya  Muta'aAliy!"  Sekiranya  kita  akan  berjumpa dengan mereka yang
berkedudukan  tinggi  atau  mereka  yang sukar untuk ditemui, maka bacalah
zikir  ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita
akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79.   "Ya  Bar!"  Amalkanlah  zikir  ini  sebanyak  mungkin  setiap  hari,
InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80.  "Ya  Tawwaab!"  Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat
maka  hendaklah  memperbanyakkan  zikir  ini supaya dengan mudah diberikan
petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81.  "Ya  Muntaqim!"  Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya
dia  tidak  melakukan  kezalimannya  terhadap  kita,  maka  hendaklah kita
memperbanyakkan  zikir  ini  setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah,
kita akan mendpt pertolongan Allah.
82.  "Ya  'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan
diampuni segala dosanya oleh Allah.
83.  "Ya  Rauuf!"  Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman
atau  sesiapa  sahaja  yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu
samada pada waktu siang mahupun malam.
84.  "Ya  Maalikul  Mulki!"  Seseorang  pengarah  atau  ketua  yang  ingin
kedudukan  yang  kekal  &  tetap  tanpa  diganggu  gugat, hendaklah selalu
mengamalkan  zikir  ini  sebanyak  212  x  sesudah solat fardhu & 212 pada
setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
http://azwira.com - Prudential BSN Takaful Berhad - AZWIRA Powered by Mambo Generated: 25 May, 2011, 11:55  85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap
hari  selama  sebulan,  InsyaAllah  segala hajat kita akan tercapai dengan
pertolongan Allah.
86.  "Ya  Muqsith!"  Berzikirlah  dengan  zikir  ini  mengikut  kemampuan,
InsyaAllah  Tuhan  akan  menganugerahkan  sifat  adil  kepada  mereka yang
mengamalkannya.
87.  "Ya  Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita
yang  lari  dari  rumah,  maka  amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada
setiap  hari  dengan  niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan
izin  Allah  orang  yang  lari  itu  akan  pulang  dalam jangka waktu yang
singkat.
88.  "Ya  Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita
perolehi itu akan mendapat berkat.
89.  "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia
& akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala
hajat kita akan tercapai.
90.  "Ya  Maani'!"  Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x
pada  waktu  menjelang  solat  subuh  setiap  hari,  InsyaAllah  kita akan
terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91.  "Ya  Dhaarr!"  Asma  ini  sangat  berguna  didalam ikhtiar kita untuk
menyembuhkan  sesuatu  penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas
dihidapi  &  telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada
setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92.  "Ya  Naafi'  "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan
zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, &
bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93.  "Ya  Nuur!"  Menurut  Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa
yang  menghendaki  kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan
baik  kebaikan  dunia  mahupun  kebaikandi  akhirat  kelak, maka hendaklah
selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94.  "Ya  Haadiy!"  Bagi  sesiapa  yang  dalam  perjalanan ke suatu tempat
tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan
memperbanyakkan  zikir  ini,  Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah
akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi
memastikan  rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah
dengan  zikir  ini  sebanyak  500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan
akan  memberikan  pertolongan  hingga  rancangan  kita  berjaya & berjalan
lancar.
96.  "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas
waktu,  InsyaAllah  dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi
punca  rezeki  tidak  akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau
bankrap dengan berkat zikir ini.
97.  "Ya  Waarits!"  Sekiranya  kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat
fardhu  atau  sebagainya,  supaya  segala urusan kita itu berjalan lancar,
maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x.
InsyaAllah  berkat  zikir  ini  Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha
kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98.  "Ya  Rasyiid!"  Walaupun  kita tergolong didalam golongan yang cerdas
otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan
menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal,
maka  perbanyakkanlah  zikir  ini  menurut kemampuan. Dengan sifat sabar &
penuh  pengharapan  kepada  Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.
Doa-doa Yang Makbul:
1.  Orang  yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak    yang    berbuat    baik    terhadap    kedua    ibubapanya.
4.  Doa  seorang  Muslim  yang  tidak  berbuat  zalim  &  tidak memutuskan  silaturrahim.
Tanda-tanda  Doa Yang Makbul:
1.  Terasa  sesuatu yang  menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1.  Bersungguh-sungguh  semasa  berdoa.  Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya  Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia
berdoa"
2.  Menghadirkan  diri  kpd  Allah  dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah  tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3.  Hendaklah  makanan,  minuman,  pakaian  dan sebagainya dari harta yang
halal  kerana  sesungguhnya  Allah itu baik & menerima melainkan yang baik  belaka.
4.  Doa  itu  bukan  bertujuan  untuk  melakukan dosa, khianat, memutuskan
silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5.  Digalakkan  memperbanyakkan  menyebut  Asmaul  Husna,  dimulai  dengan
bertaubat,  istighfar,  hamdalah  serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w &   para sahabat.
6.   Sebelum   berdoa,   bersedekahlah  terlebih  dahulu  (al-fatihah  dan
sebagainya).
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di  dalam  hati  manusia  ada  kekusutan  dan  tidak  akan terurai kecuali
menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak
dengan dengan Allah swt
Di  dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah swt
Di  dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di  dalam  hati  manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha
dengan   suruhan   dan   laranganNya   serta   qadha  dan  qadarNya  serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di  dalam  hati  manusia  ada  hajat  dan  tidak  akan  terbendung kecuali
kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . .
. . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat
membendunghajat hati sihamba itu.




No comments:
Post a Comment